Thursday, September 22, 2016

Coretan kosong sunyi terbiar camtu saja,
Bila aku rasa aku rindu diri aku yang dulu
Dulu lain sekarang aku rasa lain
Masa memakan sikap kita yaa

Tenang, diam tak berkutik, lebih suka memerhati dan mendengar,
Riak muka yang menjadi medan berbicara,
Sesekali menyampuk bicara sebagai penambah perisa,
Yang rapat seakan memahami si muka blurr ni sekali bercakap tiada noktah...



Monday, May 4, 2015

Takdir.


By @insta_dakwah

"Allah beri yg lebih baik dr yg kita minta, dlm bentuk yg lebih baik dari harapan kita, dengan cara yg lebih baik dari dugaan kita. In Shaa Allah.
#KitaYangSelaluSalah
#AllahBersamaKita
#AllahSAYANGkita"
:)

Monday, March 2, 2015

Yang Satu

My love for Allah,
I cannot explain with word,
No one will understand,
And those who understand,
Must be the one who loves Allah,
If not more, as i do.

My love for Allah,
Sometimes make me do things people think is weird,
And sometimes make people think i'm crazy,
Sometimes it hurt me,
And it test my patience,
Sometimes it make me so happy i want to be a nearer to Allah,
But when it makes me sad,
I want to be even nearer to Allah.

No matter what people say,
No matter what people think,
I will never stop loving Allah,
The one and only God,
The almighty,
Even if people will say i'm crazy...

what can i do?
I'm deeply in love with Allah :')
-Unknown

*aku percaya setiap JanjiMu Allah, Sesungguhnya kau tidak memungkiri Janji.*
Assalamualaikum.

Wednesday, February 25, 2015

Ritma Hati.

Hari demi hari kau makin jauh.
Lalai? Dengan nikmat duniawi.
Hati kau palsu.
Keikhlasan yang berpura-pura.
Dahulu mudah jalan dihadapan kau.
Kau mudah lupa.
Lupa diri. Sedikit demi sedikit kau sombong!
Caitttt! Puihh! 
Dia rindukan Kau. Kau tetap leka.
Oh Senangnya dalam hati lalalala
Uhhh! Beri peluang. Sesalan kau hangat-hangat tahi ayam!
Kesian. 
Leka. Kesenangan kau bukan selama-lamanya.
Kau diuji sebenarnya. *sinis*

Arghhhhhh! Tetiba kau terkedu!
Benci! Benci! Benci! Aku dengan diri Aku.
Kenapa orang lain mudah. Kenapa tidak Aku?
Baru terhegeh-hegeh mahu mencari kasih-Nya.
Kau meminta-minta. 
Kau menangis-nangis. Tetapi...
Kau tidak dipedulikan. *hati merintih*
Baru sedar kau telah menjauh? Huh.
Baru kau sedar betapa Dia rindukan kau?
Adda, Adda, adda ... 
Hidup ni roda, tak selalu kau tenang.
Ujian datang bertimpa-timpa, Subhanallah.
Walau raut tak menggambarkan hati kau.
Kau kena kuat, jangan penah putus DOA.
Carik balik kasih-Nya. Mulakan semula.
Jangan pernah jauh. Jangan! Sesekali jauh dariNya.
Jangan persoal, kenapa Aku? Kenapa Aku?
Bawa Istighfar Adda. Tersepit, terdesak, terpaksa. Kenapa Aku? *berat hati* *sakit*
Bumi Allah luas, Aku percaya JanjMu ya Rob.
Lambat atau cepat ja Aku tak tahu *kesat air dipipi*
Duhai hati tabahlah, sabarlah, kuatlah. 
Orang kata rezeki nak kahwin adalah tu nanti, sabarlah *pujuk hati*
Murahkan rezeki keatasku, permudahkan segalanya. Amin.
Aku akan sedayanya bersabar. 
Sabar senjata orang beriman.
Biarlah orang nak berkata.
Biarlah kau susah.
Hati kau yang akan merasa nikmatNya. 

*Aku tak tahu apa aku membebel sebenarnya ni! Woot woot haha sesaje imiginasi lukisan hati ngeh ngeh ini semua poyo! Tang mano datangnya ritma bagai! Haha sengal. Senyum je. Bole ja baa kalau kau :) *
Assslamualaikum.

Friday, January 30, 2015

Terkisah.

Berakhir di Januari...
Pasti dirindui 
Kerjaya pertama aku
Rezeki pertama aku
Pendapatan pertama aku
Pengalaman pertama aku
Manis pahit masin kelat tawar aku telan
Tak akan hilang dari sudut hati
Dihadapan? sedang menanti
Bayang tiada, cahaya petunjukMu aku nanti dalam debar
Sebulat suara aku berserah hanya padaNya.
Kuasa Doa jangan sekali cuba dinafikan
Ikhlaskan hati adda, kau mampu :) yup! woot woot.

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki didalam rencanaNya
Semua berjalan dalam kehendakNya
Nafas hidup cinta dan segalaNya
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah
Bila mungkin tawa cuba bersabarlah
Kerana air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati menrindukan DIA
kerana hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi.....-TakdirOpickMelly

Lamgkah ini perkuatkanlah, sabar ini teguhkanlah, rasa ini tenangkanlah, hati ini ikhlaskanlah, takdir ini redhakanlah dan usaha ini kau perkenankanlah. :) Kan! ok, timbang-timbang berat badan asal susut lagi 2 kg?? OMG OmG erkk aiyoyooo aku bersenam pon tiada kesempatan mana lari berat aku, ada masa ini boleh lah aktif balik exercise yang merindui aku kannnn. urmmm *senyap* *sunyi* *alunan muzik sahaja berkumandang* *keluhan panjang yang kedengaran* *pejam mata seketika* *hati sebak* *celik mata* * tarik nafas panjang* *senyuman aku ukirkan* bla la sebelum airmata ini menitis lagi. hahahaha BYE. Assalamualaikum. -Adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara


Saturday, January 3, 2015

Yang Berlalu

Assalamualaikum.  

Yaaa Salam 2015, Selamat tahun baru, Salam Maulidur Rasul untuk harini 12 RabiulAwal 1436H, 3 Januari 2015. Tahun berganti tahun, cerita dalam cerita turut berganti topic, sinopsisnya, klimaks nya, pengakhiran nya. Setiap cerita itu membawa pengajaran yg manis, pahit dan berharganya. 

Setiap bab nya ada khilaf, salah, dosa dan kebaikan didalamnya. Samada kita terima dan berubah atau sebaliknya. Bila kisah seterusnya sentiasa menjadi teka teki tanda tanya penuh rahsia. Semua ini Allah telah menentukannya dengan penuh misteri. Lumrah hidup yang penuh dengan pelbagai cerita. 

Haiilaaa 2014, kau berikan aku pelbagai kisah. Pengawalannya aku rasa mcm pudar, banyak yang bermain dibenak batin aku. Apa yang dirancang mungkinkah terjadi. Menjadi tanda tanya. Aku simpulkan, aku berserah segalanya padaNya. Pengolahan kisah bermula, satu persatu ternanti-nanti, tertunggu-tunggu, terbuka ceritanya satu persatu. Tetap jua aku redah, aku telan, aku capai, aku biarkan, aku lepaskan, aku genggam keseluruhannya. Nak tak nak kena nak jugak. Hehe alohaii, setiap perjalanan tu aku cuma mengharapkan kekuatan berpanjangan, jangan pernah berhenti. Kekuatan iman, fizikal aku, fikiran aku, jiwa aku aduhhhh berat rupanya ye ;) 

Pengakhiran 2014? Hehe. dulu kan hidup aku setiap tahun cerita sume hampir sama. Haha masalah yg sama ja, kebahagiaan yg sama ja, Xde yang action lgsg dlm kisah aku, setiap tahun, mcm e'eh cam rilex betol lah hidup adda mahmood ni ye hehe bila strt je kerja abis belajar, hamik kau! Kedabomm haha dia mcm permulaan cerita hidup tau, ala-ala novel gitu ;D penuh fantasi betol kalau berborak ngn adda ni tau, almaklumlah gile baca novel. Oh tidakkk Syukurlah apa yg terjadi, xde sebarang penyesalan , lgsg xda! Rezeki, kerjaya, hidup Yg mana baik Alhamdulillah, yang kurang aku ambil jua, senyumlah :) ia sebahagian hidup kau adda yg telah Allah tentukan. Bg aku 2014 woohaaa, biarlah aku saja yang tahu. :) Allah.

Salam 2015 menyapa aku dengan penuh kekusutan, hehe poyo sgt! Permulaan yg agak berat. Ya Allah Doa saja kekuatan aku. Kau permudahkanlah segalanya. Bismillahirrahmanirrahim, Langkahku kau perkuatkanlah. InshaAllah, aku malu :( aku bersabar. Kau maha Adil dan tidak pernah memungkiri janjiMu. #tawakkal #redhadgnrahmatMu :) -adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara.

Friday, December 26, 2014

Assalamualaikum :)
 
Salam SayyidulAyyam kalian, sunyi sepi tanpa khabar dan berita. Sekali imbas ja aku jenguk sebagai pengubat rindu *Ceehh puyus gilo* Nampak benor hobi aku untuk berkarya makin tumpul gamaknya ya ya ya "Jari Mencoret Tika Hati Berbicara" harus aku tukar generasi kot, bila hati terlampau banyak bicaranya hati jadi kelu, bisu sampai tak terluah tak tercoret. Terlampau sarat bicaranya jadi beban yang tak tertanggung, betul ke idok? woot woot walaweyh giler sado ayat kau, jiwang yang tak berkarat-karat. hehehe InshaAllah akan pulih sedia kala satu masa nanti. Adda, i miss u too much!
 
Apa khabar kamu disana disitu disini disinun, ALLAHUAKBAR, ujian apa yang kau timpa untuk Malaysia hujung tahun ni ya Tuhan. BANJIR.

"Wahai Bumi Telanlah AirMu, dan Wahai Langit Berhentilah dari Curahan hujanMu". (Hud:44)
 
"Banjir itu menggerunkan, ia tanda diantara tanda KEKUASAAN ALLAH, tiasa siapa yang mampu menyekatnya, walau sehebat mana kamu punya kuasa, ia tetap kerdil dihadapan yang Maha Kuasa, Allah. Ia datang membersihkan dosa, menghanyutkan kenikmatan, merapatkan ukkhuwwah, menanam rasa simpati dikalangan ummah, ia juga meneguhkan lagi untuk kita kembali melaksanakan perintah Allah."
 
"AIR itu tidak mengenali sesiapa lagi, ia hanya mengenali Allah yang menyusun dan mentadbir alam ini, menenggelamkan alam dan kekuasaan manusia, menimbulkan hebatnya pencipta, mengoyak kerakusan manusia dan menta'zimkan (mengagungkan) Allah yang maha berkuasa". -UstazAhmad Dusuki Abd Rani
 
Allah memberi musibah penuh dengan Kasih SayangNya, Percayalah. Doa tanpa henti, hulurkan yang termampu.
 
Adakah Meru akan jadi sebuah Pulau? waahhh! rumah ku dikepulauan wohaaa! Errrrr entrance jalan ke Meru sume Banjir, Allah!. Doa yang baik-baik saja yaa.
 
Hening pagi jumaat, cuti kerja, malas fikir fasal keadaan ofis, urgent, urgent kes yang belom dan tak akan pernah selesai, selagi kau bekerja. Rezeki jangan penah lelah untuk dicari, kuatkan semangat!  *anak buah sebelah khusyuk main tab dia, game, game, game! Moksu sendiri tak suka main game! Bosangg*
 
Harini rasa ingin mengemas bilik yang dah rupa tempat peranakan tikus mondok dikepulauan jowo huh! =.=" Kemproh betul bocah wedok anak pak mahmood ni hehehe
 
Jangan pernah ragu, telah Allah aturkan yang terbaik untuk kamu Adda :), sesukar berat mana kau kena berdepan, hikmah dipenghujungnya, cepat lambat dia sudah tentukan. Sabar. Doa. HATI hanya dia yang memahami. Manusia? usah kau peduli, senyumlah. Hanya diri kau yang memahami dgn pertolonganNya. Yang salah kau perbetulkanlah adda, manusia tak pernah lari dari kelalaian :( Allah. InshaAllah. :), Salam -adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara
 
p/s: "Aku menggeletaq tak tahan nak terkucil!!! hahahaha ;) bye.