Friday, April 19, 2013

T.E.N.A.N.G


Tenang…
Aku seperti mahu cipta puisi untuk diri aku akan tetapi tidak cukup lagi ilmu di dada mahu deco-deco mencoret puisi bak A.Samad Said! Ekk, Memey tak r!

Tenang kah kau?
Kata diri kau, apa kau buat?
Kata hati kau, apa perasaan kau?
Mengertikah kau apa yg kau rasa?

Lately,
Hati kau sering berbisik tidak henti-henti,
Fikiran kau sentiasa melayang-layang menerawang,
Desah nafas berat ja dihembus,
Apa yang ada difikiran kau hah?

Fuhhh banyak pula persoalan kau,
Cuba-cuba kau bawa muhasabah diri,
Buntukah berdepan helaian hidup kau yang x berkesudahan,
Berkesudahan tentang apa? Ujian?
Jangan sesekali kau lari dari ujianNya,
Jadikan ujian kau sebagai ‘hadiah’ daripada-Nya,
Dia maha menguji, untuk apa?
Untuk kau sedar hanya Dia tempat pergantungan kau yang abadi,

Kunci ‘Ketenangan’ pon kau x dekati,
Bagaimana pula kau mahu meminta-minta,
Meminta-minta akan ketenangan , kemudahan & keREDHAanNya,
Setiap imbasan ala-ala flashback kononnya,
Bila ujian itu datang baru kau terngadah bukan?

Kusut, serabut, buntu, risau,
Cari waktu itu, berikan masa itu, selami…
Tenang itu kau sendiri yang cari…
Pandai-pandai kau lahhh, dah besarkan?
Think +ve,,,

Walaweyhhh, sape pulak serang blog aku ni, karang ayat x boleh bla, hahaha
KAU! Kenal diri KAU! KAU memey la KAU, KAU, KAU, KAU! Arghhhh…..

Alhamdulillah, masih panjang umur kene libas dengan ekor lori,
Ingat lah orang yang tersayang ok? Salam… #JariMencoreTikaHatiBerbicara_adda

@Quotes:
  • Allah owes us nothing. Everything he gives is a gift #Maestrouzy
  • Kadang-kadang masalah itu tak sebesar mana, tapi Allah campakkan kerisauan pada hati hingga segalanya tak tentu arah, tujuannya agar kita balik semula pada Allah #FaktaBukanAuta
  • ‘Hati’, jangan mati dulu sebelum aku mati. Tuhan Ujianmu sering awalnya terlalu menyakitkan. Aku mohon kau simpan kegembiraan dihujung jalan. #DrAnwarFazal
p/s: i luv u n miss u :) oh MAKKK ku!