Saturday, January 3, 2015

Yang Berlalu

Assalamualaikum.  

Yaaa Salam 2015, Selamat tahun baru, Salam Maulidur Rasul untuk harini 12 RabiulAwal 1436H, 3 Januari 2015. Tahun berganti tahun, cerita dalam cerita turut berganti topic, sinopsisnya, klimaks nya, pengakhiran nya. Setiap cerita itu membawa pengajaran yg manis, pahit dan berharganya. 

Setiap bab nya ada khilaf, salah, dosa dan kebaikan didalamnya. Samada kita terima dan berubah atau sebaliknya. Bila kisah seterusnya sentiasa menjadi teka teki tanda tanya penuh rahsia. Semua ini Allah telah menentukannya dengan penuh misteri. Lumrah hidup yang penuh dengan pelbagai cerita. 

Haiilaaa 2014, kau berikan aku pelbagai kisah. Pengawalannya aku rasa mcm pudar, banyak yang bermain dibenak batin aku. Apa yang dirancang mungkinkah terjadi. Menjadi tanda tanya. Aku simpulkan, aku berserah segalanya padaNya. Pengolahan kisah bermula, satu persatu ternanti-nanti, tertunggu-tunggu, terbuka ceritanya satu persatu. Tetap jua aku redah, aku telan, aku capai, aku biarkan, aku lepaskan, aku genggam keseluruhannya. Nak tak nak kena nak jugak. Hehe alohaii, setiap perjalanan tu aku cuma mengharapkan kekuatan berpanjangan, jangan pernah berhenti. Kekuatan iman, fizikal aku, fikiran aku, jiwa aku aduhhhh berat rupanya ye ;) 

Pengakhiran 2014? Hehe. dulu kan hidup aku setiap tahun cerita sume hampir sama. Haha masalah yg sama ja, kebahagiaan yg sama ja, Xde yang action lgsg dlm kisah aku, setiap tahun, mcm e'eh cam rilex betol lah hidup adda mahmood ni ye hehe bila strt je kerja abis belajar, hamik kau! Kedabomm haha dia mcm permulaan cerita hidup tau, ala-ala novel gitu ;D penuh fantasi betol kalau berborak ngn adda ni tau, almaklumlah gile baca novel. Oh tidakkk Syukurlah apa yg terjadi, xde sebarang penyesalan , lgsg xda! Rezeki, kerjaya, hidup Yg mana baik Alhamdulillah, yang kurang aku ambil jua, senyumlah :) ia sebahagian hidup kau adda yg telah Allah tentukan. Bg aku 2014 woohaaa, biarlah aku saja yang tahu. :) Allah.

Salam 2015 menyapa aku dengan penuh kekusutan, hehe poyo sgt! Permulaan yg agak berat. Ya Allah Doa saja kekuatan aku. Kau permudahkanlah segalanya. Bismillahirrahmanirrahim, Langkahku kau perkuatkanlah. InshaAllah, aku malu :( aku bersabar. Kau maha Adil dan tidak pernah memungkiri janjiMu. #tawakkal #redhadgnrahmatMu :) -adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara.

No comments: