Friday, March 9, 2012

aliran arus..deras!

Bile aku start serabut, kluar la segala gelabah aku… Mata ber lapliplaplip…hidung kembang kempis, jantung berlari melebihi kelajuan sebenar… Otak menerawang bak sesawang atas atap rumah…

Owalla, nengok nengok aku dah start gabah dah, gelabah la weyh, relax…relax adda cool, kurang kan kelajuan, ikut aliran harus sebenar dr hulu ke hilir…biar bengkang bengkok..asal tak keluar ke daratan…

Arus memang camtu, banyak halangan dr batu-batuan yg tetibe kekadang x pasan ade didepan mata, menongkah arus deras tetibe cerun semacam..kene kawal jangan biar lemas dipertengahan…

Aliaran x sentiase tenang kekadang tersangkut didahan pokok yang rendang tak pon kat batang pokok mati yg tumbang, berhenti sekejap disitu untuk menghirup nafas…sedar akan keadaan sekeliling ade yg memanggil untuk teruskan perjalanan yg masih panjang…

Aduhai aku, aku kene kembali bangkit teruskan perjuangan yg belum lg tamat, 5 bulan lagi aku kene bertahan…ya Allah, Kunfayakun…aku redha segalanya, hanya kau yang maha mengetahui sedang kan aku? Tidak mengetahui disebaliknya yg akan berlaku…

“…dan(ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).”
-An-Nur,19

Idup umpama aliran sungai yang tiada akhirnya, terlalu banyak persinggahannya kene tempuh, dr hulu hinggalah ke hilir, dr hilir ke laut..laut sangat luas..mana lagi harus dia mengalir? Mana arah tujunya?! Cer cite..hohoooiii, cam tu la aku…

Tak yah berimiginasi sangatlah adda! Hahaha…haa, nmpak tu aku kalo dah gelabah mulalah merencana ayat cam nak amik semula karangan SPM..Huhu

Projek tahun akhir (PTA) Stil bengong2 kerbau…2 minggu cuti x sentuh langsung, 1st sebab aku rehat gatal sangat p honeymoon kat Sabah, 2nd badan aku memang lemah, seminggu demam, selsema, batuk dan disahkan aku ade chicken pox…makan ubat je mata nk tido wat taik mata dah tu x mo celik-celik,haha..tujela keje aku… bab tu gabah semacam sekarang…
ya Allah kuatkn semangat AKU!

Alhamdulillah, sekarang baru ley berfikir ngan sehat walafiat, kite perlu cerdik seperti CheDET ukie! Gud girl adda! Dun fed-up, chill, wake-up!lah kamu dr tidur panjangmu… =)
***terharu! menitik air mata aku sebab? X sangke aku bole cipta ayat utk bakar semangat aku yang hamper tumpul,kne asah bg tajam neh!haha… ayat petik tepi highway je tu…haha

Disebabkan aku punyer pale ngn otak aku bengong2 tapir lah terhasilla coretan diatas…gabah weyh..gabah tak kene tempat!syuihhhhh…

“…kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan. Dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.”

jgn biarkn idup kau terdampar dibongkahan batu,
tetapi jadikan ia sebagai tempat persinggahan sementara
PEACE NO WAR! =)
-Jarimencorettikahati ADDA berbicara =)

2 comments:

Sr. Maryam Fatanah said...

chaiyok adda!

adda said...

@Sr. Maryam Fatanah: heeh...cayok2! usha same2...