Thursday, September 22, 2016

Coretan kosong sunyi terbiar camtu saja,
Bila aku rasa aku rindu diri aku yang dulu
Dulu lain sekarang aku rasa lain
Masa memakan sikap kita yaa

Tenang, diam tak berkutik, lebih suka memerhati dan mendengar,
Riak muka yang menjadi medan berbicara,
Sesekali menyampuk bicara sebagai penambah perisa,
Yang rapat seakan memahami si muka blurr ni sekali bercakap tiada noktah...



Monday, May 4, 2015

Takdir.


By @insta_dakwah

"Allah beri yg lebih baik dr yg kita minta, dlm bentuk yg lebih baik dari harapan kita, dengan cara yg lebih baik dari dugaan kita. In Shaa Allah.
#KitaYangSelaluSalah
#AllahBersamaKita
#AllahSAYANGkita"
:)

Monday, March 2, 2015

Yang Satu

My love for Allah,
I cannot explain with word,
No one will understand,
And those who understand,
Must be the one who loves Allah,
If not more, as i do.

My love for Allah,
Sometimes make me do things people think is weird,
And sometimes make people think i'm crazy,
Sometimes it hurt me,
And it test my patience,
Sometimes it make me so happy i want to be a nearer to Allah,
But when it makes me sad,
I want to be even nearer to Allah.

No matter what people say,
No matter what people think,
I will never stop loving Allah,
The one and only God,
The almighty,
Even if people will say i'm crazy...

what can i do?
I'm deeply in love with Allah :')
-Unknown

*aku percaya setiap JanjiMu Allah, Sesungguhnya kau tidak memungkiri Janji.*
Assalamualaikum.

Wednesday, February 25, 2015

Ritma Hati.

Hari demi hari kau makin jauh.
Lalai? Dengan nikmat duniawi.
Hati kau palsu.
Keikhlasan yang berpura-pura.
Dahulu mudah jalan dihadapan kau.
Kau mudah lupa.
Lupa diri. Sedikit demi sedikit kau sombong!
Caitttt! Puihh! 
Dia rindukan Kau. Kau tetap leka.
Oh Senangnya dalam hati lalalala
Uhhh! Beri peluang. Sesalan kau hangat-hangat tahi ayam!
Kesian. 
Leka. Kesenangan kau bukan selama-lamanya.
Kau diuji sebenarnya. *sinis*

Arghhhhhh! Tetiba kau terkedu!
Benci! Benci! Benci! Aku dengan diri Aku.
Kenapa orang lain mudah. Kenapa tidak Aku?
Baru terhegeh-hegeh mahu mencari kasih-Nya.
Kau meminta-minta. 
Kau menangis-nangis. Tetapi...
Kau tidak dipedulikan. *hati merintih*
Baru sedar kau telah menjauh? Huh.
Baru kau sedar betapa Dia rindukan kau?
Adda, Adda, adda ... 
Hidup ni roda, tak selalu kau tenang.
Ujian datang bertimpa-timpa, Subhanallah.
Walau raut tak menggambarkan hati kau.
Kau kena kuat, jangan penah putus DOA.
Carik balik kasih-Nya. Mulakan semula.
Jangan pernah jauh. Jangan! Sesekali jauh dariNya.
Jangan persoal, kenapa Aku? Kenapa Aku?
Bawa Istighfar Adda. Tersepit, terdesak, terpaksa. Kenapa Aku? *berat hati* *sakit*
Bumi Allah luas, Aku percaya JanjMu ya Rob.
Lambat atau cepat ja Aku tak tahu *kesat air dipipi*
Duhai hati tabahlah, sabarlah, kuatlah. 
Orang kata rezeki nak kahwin adalah tu nanti, sabarlah *pujuk hati*
Murahkan rezeki keatasku, permudahkan segalanya. Amin.
Aku akan sedayanya bersabar. 
Sabar senjata orang beriman.
Biarlah orang nak berkata.
Biarlah kau susah.
Hati kau yang akan merasa nikmatNya. 

*Aku tak tahu apa aku membebel sebenarnya ni! Woot woot haha sesaje imiginasi lukisan hati ngeh ngeh ini semua poyo! Tang mano datangnya ritma bagai! Haha sengal. Senyum je. Bole ja baa kalau kau :) *
Assslamualaikum.

Friday, January 30, 2015

Terkisah.

Berakhir di Januari...
Pasti dirindui 
Kerjaya pertama aku
Rezeki pertama aku
Pendapatan pertama aku
Pengalaman pertama aku
Manis pahit masin kelat tawar aku telan
Tak akan hilang dari sudut hati
Dihadapan? sedang menanti
Bayang tiada, cahaya petunjukMu aku nanti dalam debar
Sebulat suara aku berserah hanya padaNya.
Kuasa Doa jangan sekali cuba dinafikan
Ikhlaskan hati adda, kau mampu :) yup! woot woot.

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki didalam rencanaNya
Semua berjalan dalam kehendakNya
Nafas hidup cinta dan segalaNya
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah
Bila mungkin tawa cuba bersabarlah
Kerana air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti
Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati menrindukan DIA
kerana hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi.....-TakdirOpickMelly

Lamgkah ini perkuatkanlah, sabar ini teguhkanlah, rasa ini tenangkanlah, hati ini ikhlaskanlah, takdir ini redhakanlah dan usaha ini kau perkenankanlah. :) Kan! ok, timbang-timbang berat badan asal susut lagi 2 kg?? OMG OmG erkk aiyoyooo aku bersenam pon tiada kesempatan mana lari berat aku, ada masa ini boleh lah aktif balik exercise yang merindui aku kannnn. urmmm *senyap* *sunyi* *alunan muzik sahaja berkumandang* *keluhan panjang yang kedengaran* *pejam mata seketika* *hati sebak* *celik mata* * tarik nafas panjang* *senyuman aku ukirkan* bla la sebelum airmata ini menitis lagi. hahahaha BYE. Assalamualaikum. -Adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara


Saturday, January 3, 2015

Yang Berlalu

Assalamualaikum.  

Yaaa Salam 2015, Selamat tahun baru, Salam Maulidur Rasul untuk harini 12 RabiulAwal 1436H, 3 Januari 2015. Tahun berganti tahun, cerita dalam cerita turut berganti topic, sinopsisnya, klimaks nya, pengakhiran nya. Setiap cerita itu membawa pengajaran yg manis, pahit dan berharganya. 

Setiap bab nya ada khilaf, salah, dosa dan kebaikan didalamnya. Samada kita terima dan berubah atau sebaliknya. Bila kisah seterusnya sentiasa menjadi teka teki tanda tanya penuh rahsia. Semua ini Allah telah menentukannya dengan penuh misteri. Lumrah hidup yang penuh dengan pelbagai cerita. 

Haiilaaa 2014, kau berikan aku pelbagai kisah. Pengawalannya aku rasa mcm pudar, banyak yang bermain dibenak batin aku. Apa yang dirancang mungkinkah terjadi. Menjadi tanda tanya. Aku simpulkan, aku berserah segalanya padaNya. Pengolahan kisah bermula, satu persatu ternanti-nanti, tertunggu-tunggu, terbuka ceritanya satu persatu. Tetap jua aku redah, aku telan, aku capai, aku biarkan, aku lepaskan, aku genggam keseluruhannya. Nak tak nak kena nak jugak. Hehe alohaii, setiap perjalanan tu aku cuma mengharapkan kekuatan berpanjangan, jangan pernah berhenti. Kekuatan iman, fizikal aku, fikiran aku, jiwa aku aduhhhh berat rupanya ye ;) 

Pengakhiran 2014? Hehe. dulu kan hidup aku setiap tahun cerita sume hampir sama. Haha masalah yg sama ja, kebahagiaan yg sama ja, Xde yang action lgsg dlm kisah aku, setiap tahun, mcm e'eh cam rilex betol lah hidup adda mahmood ni ye hehe bila strt je kerja abis belajar, hamik kau! Kedabomm haha dia mcm permulaan cerita hidup tau, ala-ala novel gitu ;D penuh fantasi betol kalau berborak ngn adda ni tau, almaklumlah gile baca novel. Oh tidakkk Syukurlah apa yg terjadi, xde sebarang penyesalan , lgsg xda! Rezeki, kerjaya, hidup Yg mana baik Alhamdulillah, yang kurang aku ambil jua, senyumlah :) ia sebahagian hidup kau adda yg telah Allah tentukan. Bg aku 2014 woohaaa, biarlah aku saja yang tahu. :) Allah.

Salam 2015 menyapa aku dengan penuh kekusutan, hehe poyo sgt! Permulaan yg agak berat. Ya Allah Doa saja kekuatan aku. Kau permudahkanlah segalanya. Bismillahirrahmanirrahim, Langkahku kau perkuatkanlah. InshaAllah, aku malu :( aku bersabar. Kau maha Adil dan tidak pernah memungkiri janjiMu. #tawakkal #redhadgnrahmatMu :) -adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara.

Friday, December 26, 2014

Assalamualaikum :)
 
Salam SayyidulAyyam kalian, sunyi sepi tanpa khabar dan berita. Sekali imbas ja aku jenguk sebagai pengubat rindu *Ceehh puyus gilo* Nampak benor hobi aku untuk berkarya makin tumpul gamaknya ya ya ya "Jari Mencoret Tika Hati Berbicara" harus aku tukar generasi kot, bila hati terlampau banyak bicaranya hati jadi kelu, bisu sampai tak terluah tak tercoret. Terlampau sarat bicaranya jadi beban yang tak tertanggung, betul ke idok? woot woot walaweyh giler sado ayat kau, jiwang yang tak berkarat-karat. hehehe InshaAllah akan pulih sedia kala satu masa nanti. Adda, i miss u too much!
 
Apa khabar kamu disana disitu disini disinun, ALLAHUAKBAR, ujian apa yang kau timpa untuk Malaysia hujung tahun ni ya Tuhan. BANJIR.

"Wahai Bumi Telanlah AirMu, dan Wahai Langit Berhentilah dari Curahan hujanMu". (Hud:44)
 
"Banjir itu menggerunkan, ia tanda diantara tanda KEKUASAAN ALLAH, tiasa siapa yang mampu menyekatnya, walau sehebat mana kamu punya kuasa, ia tetap kerdil dihadapan yang Maha Kuasa, Allah. Ia datang membersihkan dosa, menghanyutkan kenikmatan, merapatkan ukkhuwwah, menanam rasa simpati dikalangan ummah, ia juga meneguhkan lagi untuk kita kembali melaksanakan perintah Allah."
 
"AIR itu tidak mengenali sesiapa lagi, ia hanya mengenali Allah yang menyusun dan mentadbir alam ini, menenggelamkan alam dan kekuasaan manusia, menimbulkan hebatnya pencipta, mengoyak kerakusan manusia dan menta'zimkan (mengagungkan) Allah yang maha berkuasa". -UstazAhmad Dusuki Abd Rani
 
Allah memberi musibah penuh dengan Kasih SayangNya, Percayalah. Doa tanpa henti, hulurkan yang termampu.
 
Adakah Meru akan jadi sebuah Pulau? waahhh! rumah ku dikepulauan wohaaa! Errrrr entrance jalan ke Meru sume Banjir, Allah!. Doa yang baik-baik saja yaa.
 
Hening pagi jumaat, cuti kerja, malas fikir fasal keadaan ofis, urgent, urgent kes yang belom dan tak akan pernah selesai, selagi kau bekerja. Rezeki jangan penah lelah untuk dicari, kuatkan semangat!  *anak buah sebelah khusyuk main tab dia, game, game, game! Moksu sendiri tak suka main game! Bosangg*
 
Harini rasa ingin mengemas bilik yang dah rupa tempat peranakan tikus mondok dikepulauan jowo huh! =.=" Kemproh betul bocah wedok anak pak mahmood ni hehehe
 
Jangan pernah ragu, telah Allah aturkan yang terbaik untuk kamu Adda :), sesukar berat mana kau kena berdepan, hikmah dipenghujungnya, cepat lambat dia sudah tentukan. Sabar. Doa. HATI hanya dia yang memahami. Manusia? usah kau peduli, senyumlah. Hanya diri kau yang memahami dgn pertolonganNya. Yang salah kau perbetulkanlah adda, manusia tak pernah lari dari kelalaian :( Allah. InshaAllah. :), Salam -adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara
 
p/s: "Aku menggeletaq tak tahan nak terkucil!!! hahahaha ;) bye.
 
 
 
 


Wednesday, November 19, 2014

Ikatan Hati.

Bismillah,

Ya Allah
Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Ya Allah
Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada pernah padam
Rapatkanlah dada kami dengan kurnia iman

Dan indahnya tawakkal pada-Mu
Hidupkan dengan Ma’rifat-Mu
Matikan dalam syahid di jalan-Mu
Engkaulah Maha Pelindung dan Maha Pembela

Ya Allah Ya Tuhan Kami
Perkenankanlah doa kami
Amin. :)

Doa Rabitah. Selamat Beramal.

p/s: Selamat Hari Lahir Adda! #141114

Thursday, October 16, 2014

Aku, Mencintaimu.

Serabut. ada satu masa kita terlalu rasa serabut. sangat!. kan? iyakan? iya iyalah.
Semua serba tak kena. Gelabah weyh. Huhu. Setenang mana kau jenis orang. Tak pernah lari dari rasa ni. Nikmat. Nikmat. Kata inilah sebagai Alhamdulillah. Allah sayang kamu. Sebab tu dia hadirkan pelbagai. Asyik rasa masyuk, syok ja. Belum tentu dahi kau cecah ke sejadah. 

Aku bukan serabut, tiap-tiap hari gelabah tak bertempat weyh. Semulajadian dari Allah nak buat camna ye ndak? Hehehe. Urmm. Serabut aku memang semua wayar fius dalam badan aku putus. *muntah akal* 

Tengah serabut tekan minyak kereta memang masyuk woo erk. Memang naya carik maut weyh. Astaghfirullah. Idok ler. Punya hati. Punya akal. Punya sedar. Sayang nyawa beb, mak abah tunggu aku kat rumah tu. Huhu

Hobi aku kalo serabut sebenarnya suka membebel. Tapi hobi ni malu-malu kucing. Siapa tak kenal maka tak cinta ye ndak haha Jadi lah setenang manusia, marah kau sabar, diam, diam la adda, serabut kau senyum. InshaAllah. Sejuk hati. Ceehhh aku tahu bercakap jek, praktik? Haprak! Hampehgas btoi!,...ok daa, kene setel kerja. Bismillah. *layan lagu* -adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara.

Yang kuasa ku merinduimu,
Ku mencintaimu selamanya kau yang satu,
Ya Illahi hanya padamu,
Kuserah jiwaku,
Kau tempat ku mengadu.

Ku akui,
Ku bukan yang terbaik,
Zikirku juga tak bisa,
Memadam khilaf silamku.

Sujudku, kerna ku mengerti,
Janji illahi kan tertunai tika waktunya,
Bicara hamba kesepiaan,
Gelandangan diri tanpamu.

Tuhan izin, kan ku ke syurgamu,
Mengecapi nikmat yang kau janjikan,
Jauhkan ku dari nerakamu,
Ku tak daya hadapi siksamu.

Ku bersaksi tiada tuhan selain mu,
Dan ternyata Muhammad itu pesuruhmu,

Kan ku pegang talimu, tak ku lepas selamanya. 

Friday, October 10, 2014

Al-Nuraa.


Dari Dia kita datang
Dari Dia kita pergi
Ada bulan ada bintang
Dan juga matahari
Ada malam ada siang
Ada gelap ada terang
Ada kasih ada sayang
Sampai masa kita pulang

Yang lima yang enam
Yang di luar dan yang di dalam
Yang memberi salam
Dan yang menghulur tangan
Yang menyambut salam dengan penuh senyuman
Yang di dalam hati tersirat seribu jawapan
Seluas-luas lautan
Setitik pun belum tentu lagi
Dunia luas terbentang
Kita masih lagi mencari
Yang kita ingat jauh
Sudah semakin dekat
Yang kita ingat tinggi
Sudah semakin rendah
Awal dan akhir yang selama ini kita menunggu
Sekarang masanya sudah semakin hampir

Ku imbas kembali sepanjang perjalanan
Ku cuba renungi setiap perbuatan
Ku tunduk malu, malu aku memikirkan
Pahala dan dosa yang tak dapat aku bezakan
Ku cuba berlari, lari dari realiti
Seperti ada tali yang menarik ku kembali
Aku masih tak faham masih jugak tak mengerti
Masih mencari-cari siapakah diriku ini

Ku tanya pada hati moga diberi jawapan
Tapi ada dua suara yang sering kedengaran
Yang satu kata iya yang satu kata bukan
Kadangkala akal dan hati pun tak sehaluan
Namun ku tetap mencari dan juga terus berjalan
Selagi ada matahari dan selagi ada bulan
Selagi aku belum mengenal diri ini yang sebenar
Mana mungkin aku dapat mengenal Tuhan

Allahummaj'al fi qolbi nuuraa
Wa fi asobi nuuraa
Wa fi lisani nuuraa
Waj'al fi nafsi nuuraa
Waj'al lii yau maliqo ika nuuraa

Tunjukkanlah jalan terang
Tunjukkanlah jalan pulang
Agar tidak kesesatan
Dalam titian dan harapan
Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
72 kesesatan
Hanya satu kebenaran.......

Playing..playing...playing, nice one buah fikiran, yang lima yang enam... Kerdilnya diri, Subhanallah, :'( Bimbing, bimbing aku kejalanmu. -adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara

Monday, October 6, 2014

Selimut Hati.

Assalamualaikum, Salam AidilAdha, Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah.
Poyo alim kau adda hehe, Raya haji kalini 100% dirumah *yipiee!* LONTONG TULANG LONTONG SUP TULANG SUP TULANG LONTONG *gemuks Oii*, tiada apa nak bicara kan. share yang ini aje. 

Kata pada diri, Bisik pada hati, tepuk pada bahu, adda, adda oh adda, kau OK kan? of course la, miss u adda yg blurr n cool alwys, *bapak puyus siut!* haha pujuk hati harus sentiasa ye ndok. Chill la. Jangan pernah lemah. apa itu? apa-apa bole.

(1) Bisik pada hati.

Maafkan orang lain,
Maafkan diri sendiri,
Redhakanlah segala yang terjadi,

Katakan lagi pada hati,
Segala yang datang pasti akan pergi,
Apa yang pergi jangan ditangisi,
Jangan sesekali disesali,
Perhentian masih jauh,
Jangan menoleh kebelakang,
Mungkin bakal menjatuhkan yang sedang berusaha bangkit,
Teruskan langkah dan lihat apa yang sedang menanti,
Allah ada bersamamu.

(2) Renung pada hati. 

Saat senyum kerana Allah
Saat tangis kerana Allah
Saat bahagia kerana Allah
Saat duka kerana Allah

Kau redha akan segalanya.
Kau serah pada yang selayaknya.
Kau cinta pada yang Utama.
Hidup kita Allah dah atur,
Senang susah sedih gembira,
Dah Allah rencanakan.
Cuma terpulang pada iman untuk pilih jalan.

Sumber : Kawan sekolah dulunya terkenal dgn budak nakal sekolah. sangat. tp Manusia boleh berubah ke arah kebaikan. Semua bergantung pd kunci NIAT. Bersungguh kamu mahu, Istiqamah. InshaAllah :) Allah sentiasa rindu pada kamu. Moga-moga.  #aku sendiri tidak pernah sempurna, tahi-tahi ayam tp cuba. cuba bertatih memperbaiki sikit-sikit. bukan mudah. tapi cubalah. InshaAllah. 

P/s: Happy 71st Birthday abah.

Tuesday, August 26, 2014

Hati.

Hati untuk Allah,
Hati milik Allah,
Dialah yang maha PUNYA.

Hati untuk Allah,
Hati milik Allah,
Dialah yang maha KUASA.

Begitulah lemahnya kita sebagai insan,
Menggunakan hati tanpa seizin-Nya,
Begitu lemahnya kita sebagai hamba,
Mudahnya hati menuju jurang terja.

Bersihnya hati,
Bersinya Jiwa,
Hanyalah untuk orang beriman. -HH&Sigma

Hati,
Setiap hari update update update,
Rahsia hanya Dia yang maha mengetahui,
Tersembunyi kemas disatu sudut,
Biarlah diri sendiri yang menjaga rapi,
Berteman sayup dalam Doa.

Hati,
Sukar benor dia berbisik,
Haluss...kekadang bergema sebab? tak terluah,
Kekadang tenang, tak pun tetiba gelisah,
Lemah... butir patah mainan diri,
Sedar! jangan hanyut...TUING!
Ukirkan senyuman, pasti singgahnya sebuah ketenangan,
Yang pasti Dia Pemilik Hati ini,
Hala kan lah Ya Rob hati ini benar-benar milikmu.
Assamualaikum Zulkaedah, Selamat tinggal Syawal,
InshaAllah bertamu lagi next year jika nyawa diizinkan :)  -adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara




Saturday, August 16, 2014

Doa

Terlalu byk pulak hujan turun malam ni. Banjir. :) Duhai hati tabahlah. Selagi aku boleh sabar, aku sabar, selagi mana aku boleh pendam, aku pendam. Bukan aku minta sebegini, Aku berserah. Segalanya kepada kamu. Kurangkan sakit ini ya Allah. Sakit. Sangat. Dekatkan aku dgn-Mu ya Allah. Dekatkanlah. Amin. Amin ya rab bal alamin. -adda


Sunday, July 6, 2014

Hei Kenapa.

Assalamualaikum,
Salam 8 Ramadhan 1435H, moga-moga kau sampaikan aku, kami ke akhir Ramadhan,
Amin.

Banyak rasanya permintaan Ramadhan ni, sungguh niat tu ada, tindakan je ada atau tidak,
Moga-moga dikuatkan semangat, iman suasana Ramadhan tu, istiqamahlah dalam setiap ibadah.
Haishhh jgn buat ayat poyo boleh x? haha buntulah...bila?

Bila hati ni nak tenang? aku benci betul lah, 
Jika ini balasan terhdap perlakuan aku, Ya Tuhan kau maafkan lah diri aku yang tak pernah lepas buat kesilapan, tapi aku tertanya-tanya?, Manusia mmg suka bertanya pon. 

Aku tak ada apa pon nak bertanya,cuma...
KENAPA, KENAPA dan KENAPA.
Dah kenapa apa kau adda? apa-apa pon boleh.

Kenapa datang, aku tak memanggil,
Kenapa buat, aku tak menyuruh,
Kenapa minta, aku tak meyatakanpon,
Kenapa memberi, aku tak pernah paksa MEMINTA,
Kenapa nak sakit, aku tak ada niat,
Kenapa mempersoalkan, aku tak suruh bertanya,
Kenapa begitu begini, aku tak mengkehendaki begini begitu pon,

Kenapa, kenapa, dan kenapa.
Itu kerja Allah, telah Dia tetapkan semua tu, kenapa perlu kita memperdebatkan,
terima, terima sajalah apa yang berlaku, ada jawapan disebalik kenapa,
Tiada niat mahu sakitkan hati sesiapa disekeliling aku, Kekadang tak dipinta, tapi keadaan yang memaksa, betullah serba kurang, bukan sebaik mana, bukan sesempurna mana, walaupun sebetul-betulnya cuba pelihara, menjaga sehabis mungkin, tapi apakan daya, tak termampu, ada jugak durinya.

Kenapa aku?, *senyum* ...kau insan terpilih oleh Dia, Syukurlah. Hadapi dengan tenang, cuba yang terbaik. Ya Allah, takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengan segalanya :) chillex ;) Masih kurang rasaku, Maaf. -adda_JarimencoreTikaHatiBerbicara

Sunday, May 25, 2014

Jika Aku

Bukan puisi tapi ia seakan doa :) Segalanya tentang Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…

Serahkan segalanya hanya pada Dia :)
Miss my blog, Masa cemburu aku dan kamu, tiada coretan tertaip,
Bukan melupakan, sedang mencari diri aku yang dulu hehe *ini semua POYO!*

hahahaha jadikan ketawa aku itu berpanjangan jangan kau putuskan di pertengahan, Jangan ajarkan aku erti sedih sebab aku sudah lali dengan itu, ajarkan saja aku erti kasih *ceehhh!* puyus gile! Tiada meminta, selagi aku mampu untuk memberi, InshaAllah. Aku percaya dgn Dia, Hikmah Dia sungguh tersirat, ada sebab akan setiap sesuatu. Salam -Adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara

Wednesday, March 12, 2014

P.E.N.A



Kisah Semalam,
Bersambung kini tergantung tak bertali, menanti dan terus menanti, seakan seharusnya terus berhenti, kini menjauh dan terus menjauh, akan dibawa sejauh mungkin, kembali belum tentu datang kembali, kalau tentu sekalipun, minta maaf wassalam.

Kisah semalam, 
Seumpama kisah yang tidak bernama, tidak seharusnya bernama mungkin, berlalu teruskan berlalu, sengaja menjauh kerana terasa lama sudah rasa jauh, masa berganti masa bila khusyuk mengejar masa, leka teruskan leka menongkah arus sekeliling, bicara teruskan bicara bercanggah dengan perlakuan, terus dan teruslah melangkah demi sebuah kisah yang pasti ada jawapan.

Kisah Semalam,
Sayu menjemput sayu bertenggek menumpang laluan, sekilas bayangan kilas membenamkan kemenungan yang berpanjangan, tersentak seakan terhenti sesaat mempamerkan keluh, tenung sejenak menyampai segaris senyuman sinis.

Benar mungkin salah, cebikkan berterusan, sedikit demi sedikit usir diri menjauh, serasa belum tentu sempurna diri, itu ini serba tidak kena, kerlingan tajam menyapa pandangan, menongkat dagu pandangan terpejam, lepas la lepaskanlah segala yang gemar semakkan kata hati, pedulilah... tidak padan, ada lagi yang lagi padan dipandangan, kesah tidak kesah ...NOKTAH matikan coretan PENA. -adda

Sunday, February 9, 2014

Sandaran Cinta

Menelusuri denai kerinduan ini
Ku atur langkah mendaki cinta yang tertinggi
Perjalanannya tak seindah bicara
Penuh onak berduri harus ku tempuhi

Di tengah rimba kehidupan
Menjalar akar perasaan
Malar kecintaan atau kebencian

Segar cinta bertunjang keimanan
Layu cinta kerana tersungkur di perdu dosa
Bila cinta diracun alpa dan prasangka
Pasti ia takkan kekal lama
Kebencian pun mula melata di jiwa

Ku mengimpikan kuntum cinta
Harum mewangi penuh warna
Kembangnya dibaja taqwa kepadaNya

Kan ku sunting ia jadi hiasan
Serikan kesuraman taman hatiku selamanya
Namun cinta sejati, suci dan abadi
Hanyalah cinta pada Ilahi
Raih cintaNya syarat menuju firdausi
Sandaran cinta kepada Tuhan Yang Esa
Tenang dirimbun kasihnya mengubat lara
Tak ketemu kecewa hanyalah bahagia


Sandaran demi sandaran hanya padaNya...makin tumpul rasanya pengisian muka blog aku, serasa seakan aku makin menjauhi lebih kepada penghuni yang penuh dengan rahsia, tiada bicara, tiada coretan, sukar ditafsir dibenaknya, hahaha simpulan disudut hati seakan terikat mati, kaku, lesu, tunggu...aku mungkin kembali, mungkin....kembali menjadi diri aku yang dulu *lain ke dulu dgn sekarang?* haha mungkin... bila kewarasan tegak diatas picu keceriaan mungkin! masih meraba-raba dalam kesamaran yang belum pasti jelasnya. :) Salam... -JariMencoreTikaHatiBerbicara_adda-

Saturday, January 18, 2014

ACAH-ACAH MOOD

Mendung. Tenang. Damai. Sunyi. uarghhhhh! *opssss...anak dara*
Oh im So lonely here. Happy Weekends day :)
Just waiting for my kakak-kakak fetch me for our Dinner, Yippiee!. #Seafood #Jeram

Mood :
Bla...bla..bla...bla... eiii isyh haihhh bla...bla...bla...hahaha hmmm Oooo Erkkk haha blaa...blaa...blaaa
no point? hahahaha #REMINDER...



Manisnya hari-hari yang ditempuhi,
Biarpun kadangkala mencabar hati,
Tetap kita lalui,
Menguatkan langkah kaki
Ada kala kita hampa,
Terduduk tahan kecewa,
Tapi bukan penamat cerita
Dan ada masa-masanya,
Kita ketawa gembira,
Berjaya menjulang yang dicita
Di sini mimpi bermula,
Diseri pelbagai ragam dan warna,
Selalu jadi rindu...
Indah.... -Setulus_Dian-


SORRY...


Tuesday, January 7, 2014

It's Not Good Bye::

So I'll just have to believe,
somewhere out there you're thinking of me,
Until the day I let you go,
Until we say our next hello
It's not goodbye.
Til I see you again
I'll be right here remembering when
And if time is on our side
there will be no tears to cry on down the road
there is one thing I can't deny
It's not goodbye
You'd think I'd be strong enough to make it trough
and rise above when the rain falls down
But its so hard to be strong
when you've been missing somebody so long
It's just a matter of time I'm sure
but time takes time and I can't hold on
so wont you try as hard as you can
to put my broken hearth together again? ... Laura Pausini

Tiada kena mengena dengan hati dan hidup aku, tetibe earphone aku play lagu feberet aku dedolu zaman buku-baka study mulus hukhuk aku pon play, play and play berulang kali...sampai tetibe jam subuh mengejutkan aku semalam haha

Ada layan? Sudah...sudah sampai disini saja, Nite, Assalamualaikum -adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara

Tuesday, December 31, 2013

twEnty14

Selamat Tahun Baru 2014,
Babe, 2014 wooo...masuk umur aku 25 tahun
Ohhh sungguh aku hampir dewasa,
kala ni remaja lagi, chillex la, haha * gelak gerun =.=" *

"Waktu. Jangan lari terlalu laju. Beri aku tarik nafas dulu. 
Aku mahu berlari seiring denganmu ke garisan penamat yang hanya dia yang tahu. #DAF


Sempena tahun baru
Repost Muhasabah Cinta 'plus' my Doa

Wahai pemilik nyawaku, Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu, Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar, Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur, Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah, Mengalir berzikir di kidung doa ku
Sakit yang kurasa biar, Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku, Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini, Ya Illahi Muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku, Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati, Pertemukan aku dengan Mu
-Edcoustic-

Saat berganti saat, detik minit terlanjur kepada detik jam, setiap jam melangkaui masa menjadi hari berganti hari, dari seminggu bergulir berbulan-bulan, genap sedozen bulan, tahun bertukar tahun
waktu seakan berguling-guling pantas tinggalkan kita...
Hiii *sambil lambai-lambai tangan*
Welcome Darl, please be nice tWenty14 to me :)
-adda_JariMencoreTikaHatiBerbicara-