Monday, October 6, 2014

Selimut Hati.

Assalamualaikum, Salam AidilAdha, Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah.
Poyo alim kau adda hehe, Raya haji kalini 100% dirumah *yipiee!* LONTONG TULANG LONTONG SUP TULANG SUP TULANG LONTONG *gemuks Oii*, tiada apa nak bicara kan. share yang ini aje. 

Kata pada diri, Bisik pada hati, tepuk pada bahu, adda, adda oh adda, kau OK kan? of course la, miss u adda yg blurr n cool alwys, *bapak puyus siut!* haha pujuk hati harus sentiasa ye ndok. Chill la. Jangan pernah lemah. apa itu? apa-apa bole.

(1) Bisik pada hati.

Maafkan orang lain,
Maafkan diri sendiri,
Redhakanlah segala yang terjadi,

Katakan lagi pada hati,
Segala yang datang pasti akan pergi,
Apa yang pergi jangan ditangisi,
Jangan sesekali disesali,
Perhentian masih jauh,
Jangan menoleh kebelakang,
Mungkin bakal menjatuhkan yang sedang berusaha bangkit,
Teruskan langkah dan lihat apa yang sedang menanti,
Allah ada bersamamu.

(2) Renung pada hati. 

Saat senyum kerana Allah
Saat tangis kerana Allah
Saat bahagia kerana Allah
Saat duka kerana Allah

Kau redha akan segalanya.
Kau serah pada yang selayaknya.
Kau cinta pada yang Utama.
Hidup kita Allah dah atur,
Senang susah sedih gembira,
Dah Allah rencanakan.
Cuma terpulang pada iman untuk pilih jalan.

Sumber : Kawan sekolah dulunya terkenal dgn budak nakal sekolah. sangat. tp Manusia boleh berubah ke arah kebaikan. Semua bergantung pd kunci NIAT. Bersungguh kamu mahu, Istiqamah. InshaAllah :) Allah sentiasa rindu pada kamu. Moga-moga.  #aku sendiri tidak pernah sempurna, tahi-tahi ayam tp cuba. cuba bertatih memperbaiki sikit-sikit. bukan mudah. tapi cubalah. InshaAllah. 

P/s: Happy 71st Birthday abah.

No comments: