Assalamualaikum,tetiba malam neh ayat kite seperti seorang insan yg suci ataupun anak yg solehah?oh yeeah?!haha...x dela, cume malam neh terngiang-ngiang sebeberapa rangkap puisi yg paling kita suka dengaq sebelum kite nak lelapkan mata...ye, kite suke berpuisi, ayat yg berpuitis, walaupun kite x gheti (jiwa x cukup dengan penghayatan memang camtu, lemak je banyak!)
Petikan yg paling kite suke dengar bila radio IKIM.fm berkumandang...selalunya waktu tengah-tengah malam, latar belakang rona irama dia p0n bole buatkan kita pandang kiri-kanan bole jadik kite terus bukak lampu bilik, heeh...
Madah berkaseh kepada hambaNya:
Bersihkanlah Dirimu Sebelum Kamu Dimandikan
Berwudhu'lah Kamu Sebelum Kamu Diwudhu'kan
Dan Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan
Tutuplah Auratmu Sebelum Auratmu Ditutupkan
Dengan Kain Kafan Yang Serba Putih
Pada Waktu Itu Tidak Guna Lagi Bersedih
Walaupun Orang Yang Hadir Itu Merintih
Selepas Itu Kamu Akan Diletak Di Atas Lantai
Lalu Dilaksanakanlah Solat Jenazah
Dengan Empat Kali Takbir Dan Satu Salam
Berserta Fatihah, Selawat Dan DoaSebagai Memenuhi Tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi Apakah Empat Kali Takbir Itu Dapat Menebus
Segala Dosa Meninggalkan Solat Sepanjang Hidup?
Apakah Solat Jenazah Yang Tanpa Rukuk Dan Sujud
Dapat Membayar Hutang Rukuk Dan Sujudmu Yang Telah Luput?Sungguh Tertipulah Dirimu Jika Beranggapan Demikian
Justeru Ku Menyeru Sekelian Muslimin Dan Muslimat
Usunglah Dirimu Ke Tikar Solat
Sebelum Kamu Diusung Ke Liang Lahad
Menjadi Makanan Cacing Dan Makanan Ulat
Iringilah Dirimu Ke Masjid
Sebelum Kamu Diiringi Ke Pusara
Tangisilah Dosa-Dosamu Di Dunia (Taubat)
Kerana Tangisan Tidak Berguna Di Alam Baqa'
Sucikanlah Dirimu Sebelum Kamu Disucikan
Sedarlah Kamu Sebelum Kamu Disedarkan
Dengan Panggilan 'Izrail Yang Menakutkan
Berimanlah Kamu Sebelum Kamu Ditalkinkan
Kerana Ianya Berguna Untuk Yang Tinggal
Bukan Yang Pergi
Beristighfarlah Kamu Sebelum Kamu Diistighfarkan
Namun Ketika Itu Istighfar Tidak MenyelamatkanIngatlah Di Mana Saja Kamu Berada
Kamu Tetap Memijak Bumi Tuhan
Dan Dibumbungi Dengan Langit Tuhan
Serta Menikmati Rezeki Tuhan
Justeru Bila Dia Menyeru, Sambutlah Seruan-Nya
Sebelum Dia Memanggilmu Buat Kali Yang Terakhirnya
Ingatlah Kamu Dahulu Hanya Setitis Air Yang Tidak BerertiLalu Menjadi Segumpal Darah
Lalu Menjadi Seketul Daging
Lalu Daging Itu Membaluti Tulang
Lalu Jadilah Kamu Insan Yang Mempunyai Erti
Ingatlah Asal Usulmu Yang Tidak Bernilai Itu
Yang Kalau Jatuh Ke Tanah
Ayam Tak Patuk Itik Tak Sudu
Tapi Allah Mengangkatmu Ke Suatu Mercu
Yang Lebih Agung Dari Malaikat
Lahirmu Bukan Untuk Dunia
Tapi Gunakanlah Ia Buat Melayar Bahtera Akhirat
Sambutlah Seruan 'Hayya 'Alas Solaah'
Dengan Penuh Rela Dan Bersedia
Sambutlah Seruan 'Hayya 'Alal Falaah'
Jalan Kemenangan Akhirat Dan Dunia
Ingatlah Yang Kekal Ialah Amal
Menjadi Bekal Sepanjang Jalan
Menjadi Teman Di Perjalanan
Guna Kembali Ke Pangkuan Tuhan
Pada Hari Itu Tiada BergunaHarta, Takhta Dan Putera
Isteri, Kad Kredit Dan Kereta
Kondominium, Saham Dan Niaga
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah Di Dunia!
Peliharala solat kamu, jika kamu mahu kebahagiaan, kejayaan, kesenangan, kenikamatan hiduptak berguna ilmu kamu terima atau belajar, tapi solat kamu tak peliharasolat tiang agama, tiang nya pun kamu tak kukuh bagaimana dengan seni bina amalan-amalan yang lain?!aku tak bangga jika kamu berjaya! tapi solat kamu tak pelihara pun... nikmat itu bole ditarik bila-bila masa sahaja.
ha?kan kite cakap ayat kite malam neh cam len macam je bunyinye, hati sedang berkata-kata????!? hoh?menaip?sudah...termenung?sudah...berfikir?belom sudah...selagi nafas belom berhenti tak akan habes berfikir...mengantuk?tentu SUDAH!
Pagi semakin bersinar...sat g nak bangun sahur, mata kemana, kaki melangkah kemana,ade kang orang p jamban bancuh air paip + ubat gigi + syampu = pekejadah air kang diminumnye...
Tengah demam+selsema,okie assalamualaikum =')
Monday, June 20, 2011
Kalau Dahi Tak Mencecah Sejadah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment